Tuesday, November 07, 2006

PENGENALAN PROJEK

PROJEK KARANG BUKU NASIONAL


Saya Zubli Zainordin kini mengambil
inisiatif mempelawa anda untuk
sertai dan sebar-majukan projek ini.

Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku
Setiap penduduk dan rakyat Malaysia
boleh mengambil bahagian.

Tumpuan awal ialah kepada pelajar
tingkatan 5 dan 6.

Berminat?
Hubungi:
Zubli Zainordin
Konsultan
Projek Karang Buku Nasional
0132232559
zublizainordin2007@gmail.com
http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/

PENGUMUMAN 01

PROJEK KARANG BUKU NASIONAL:
Semua boleh ambil bahagian
Setiap Individu Hasilkan Minima Sebuah Buku
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

01. TUJUAN:
Memastikan setiap individu, khususnya pelajar tingkatan 5 dan 6, disokong dan didorong untuk menghasilkan minima sebuah buku bukan-fiksyen yang bermutu di sepanjang hayatnya.

02. SENARIO:
Perhatikan senario buku di Malaysia. Tahukah anda, berapakah buku yang diterbitkan setiap tahun di negara kita? Apakah status terkini industri buku di negara kita? Berapakah buku yang telah diterbitkan sepanjang tahun lalu, oleh penerbit buku yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Adakah individu di kalangan penduduk dan rakyat Malaysia yang telah menghasilkan minima sebuah buku? Kenapakah tugasan karangan di sekolah hanya sekadar mendapat markah sahaja? Wujudkah potensi karangan tersebut dikembangkan menjadi buku? Berapakah buku karya individu tempatan yang telah mendapat ISBN dari Pusat Bibliografi, Perpustakaan Negara Malaysia? Berapakah buku karangan individu tempatan yang sedang dijual di kedai dan toko buku seluruh negara? Berapakah buku karya tempatan yang telah dieksport ke pasaran nusantara? Berapakah buku karya tempatan yang telah diterjemahkan untuk pasaran global.

Jawapannya, anda sendiri sedia maklum.

03. CADANGAN:
Menerbitkan sebuah buku dengan maksud sokongan dan dorongan kepada pengarang baru, berjudul “Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang”. Diikuti dengan pelaksanaan projek khas peringkat nasional, setiap individu menghasilkan minima sebuah buku, tumpuan awal kepada pelajar tingkatan 5 dan 6.

04. PENJELASAN:
Apa
Buku bacaan motivasi berjudul "Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang", dan diikuti projek khas nasional individu karang buku untuk tambah koleksi negara dan warisan bangsa.
Siapa
Pencetus idea, Zubli Zainordin, di atas platform bukuonline.org, dengan kerjasama AZ Smart Integrated Partnership Sdn. Bhd., dan Yayasan Pembangunan Buku Negara, dan membabitkan semua pihak dalam komuniti buku, dan individu yang berminat.
Judul buku dipilih setelah mempertimbangkan fikiran Mag Dr Abu Hassan Hasbullah melalui posnya di forum bukuonline.org
Di Mana
Di sekolah atau di kediaman tempat buku dikarang, di sebuah pejabat tempat operasi, di portal bukuonline.org tempat koordinasi program dan aktiviti, serta di sebuah hotel pelancaran buku dan projek.
Bila
Telahpun bermula di peringkat idea sejak 25 September 2006.
Kenapa
Industri buku negara perlu di semarakkan dengan meramaikan lagi individu pengarang, bermula di peringkat sekolah seluruh negara. Jika tidak kita ketiadaan Bukuwan Negara.
Bagaimana
01. Menerbitkan sebuah buku sokongan dan dorongan karang buku, 02. Membentuk AJK, 03. Diikuti pelaksanaan projek sehingga berjaya.

05. JADUAL PELAKSANAAN:
Perkara dan Tarikh
01. Memulakan karangan buku motivasi mengarang buku
25 September 2006
02. Buku motivasi mengarang buku diterbitkan
16 November 2006
03. Pembentukan Jawatankuasa Induk Projek
November 2006
04. Pembentukan Jawatankerja Pusat Projek
November 2006
05. Jalinan dengan pihak berkenaan di peringkat sekolah
Disember 2006
06. Majlis Pelancaran Buku dan Projek
Januari 2007
07. Hebahan dan dorongan
Januari 2007
08. Pembinaan pangkalan data
Januari 2007
09. Projek karangan buku dimulakan
Februari 2007
10. Buku pertama mula diterbitkan dan dipasarkan
Jun 2007

* Semua tarikh tersebut adalah tentatif. Ikuti pengumuman sebarang perubahan oleh Zubli Zainordin.

06. FORMULA KERJASAMA:
Dari jumlah hasil jualan sesebuah buku, setelah ditolak segala kos, setiap pengarang memperolehi 50 peratus daripada keuntungan buku karyanya. Bakinya diagih kepada semua lain-lain pihak yang telah menjayakan penghasilan sesebuah buku tersebut.

07. SERUAN:
Saya menyeru Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Menteri Besar dan Ketua Menteri, semua Menteri Kabinet, Menteri yang berkenaan, semua Kementerian, Jabatan, dan Agensi yang berkenaan, semua pihak swasta, semua NGO berkaitan buku, rakan bukuwan, dan setiap individu berkenaan buku, menyokong projek ini. Manakala semua pihak sekolah, dan individu pelajar, menyertai projek ini.

InsyaAllah, berkat, rahmat dan redha dari Allah juga yang kita harapkan.
_________________
Siapa Zubli Zainordin - http://www.zublizainordin.cjb.net/
Apa Projeknya -
http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/
Apa bukunya -
http://www.zublizainordin.blogspot.com/

PENGUMUMAN 02

ANDA DIPELAWA UNTUK KARANG BUKU!

Ya...anda dipelawa...
Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

Saya, Zubli Zainordin,
kini mengajak anda untuk karang buku.
Minima sebuah buku sepanjang hidup anda
di dunia ini. Namun, lebih dari sebuah buku
adalah digalakkan.

Reaksi atau respons anda?

  • Terima,

  • Tolak, dan

  • Tak Tahu Lagi.

Anda ada pengetahuan, kemahiran, kepakaran
dan pengalaman berharga yang boleh anda
jadikan buku untuk dibaca oleh orang lain?

Anda boleh bertekad, berazam, beriltizam
untuk mula karang buku anda sekarang.

Serta anda sanggup untuk bersungguh-sungguh,
apa jadipun buku tersebut tetap dikarang
sehingga diterbitkan.

Serius?

Saya sememangnya serius untuk memastikan buku
karangan anda tetap diterbitkan, InsyaAllah.

Saya berpengalaman karang buku, kemahiran
menyunting, celek internet, dan sanggup dorong,
galak, dan sokong anda supaya buku karya anda
tetap dikarang sehingga diterbitkan.

InsyaAllah anda dan saya bersama-sama melalui
proses penghasilan buku dari A – Z. Kita maju
bersama di setiap langkah penghasilan buku.

Akhirnya buku karya anda menjadi satu daripada
koleksi peribadi pengumpul buku dan satu daripada
himpunan khazanah dan warisan negara.

Buku ini kebanggan anda.

Seandainya anda sudah bersedia untuk karang
buku sekarang bukan karang, sila hubungi:

Zubli Zainordin
Konsultan
Projek Karang Buku Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
0132232559

zublizainordin2007@gmail.com

http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/

http://www.bukuonline.org

27 Jalan Kosas 3/3
Taman Kosas

68000 Ampang

Selangor Darul Ehsan

PENGUMUMAN 03

BUKU APA YANG ANDA NAK KARANG?


Buku karangan anda, mula anda karang sehingga
siap, kemudian dicetak lalu diterbitkan.

Jom! Karang buku sekarang, bukan karang.

Satu sahaja buku yang anda karang.
Kemudian sekiranya anda ingin karang lagi buku,
amat digalakkan.

Buku inilah tumpuan anda sekarang.
Buku yang terbaik hasil karya anda.
Itulah yang sama-sama kita hasratkan.

Buku ini adalah buku yang paling ingin anda
karang. Buku ini amat ingin anda saksikan
dicetak dan diterbitkan.

Buku karya anda inilah, seterusnya dilancarkan,
dipasarkan, dipromosikan, dan dijualkan kepada
pembeli buku dan pembaca buku di Malaysia.

Buku ini juga mendapat perhatian media, lalu diulas,
dikupas, dan dikritik.

Buku anda dapat dibaiki kemudian, setelah diulas,
dikupas, dan dikritik begitu.

Buku karya anda ini turut diletakkan bersama susunan
lain-lain buku di rak buku di perpustakaan dan kedai
buku seluruh negara.

Buku karya anda ini dijadikan hadiah di jabatan kerajaan
dan di syarikat swasta kepada kakitangan mereka yang
cemerlang. Atau pelawat yang datang berkunjung.

Buku anda turut dibeli individu untuk dijadikan hadiah,
atau sebagai satu daripada koleksi peribadinya.
Atau di majlis sambutan hari lahirnya.

Buku karya anda ini turut diketahui telah terbit
oleh rakan lama dan baru. Serta individu lain, turut
mendapat tahu mengenai buku karya anda ini.
Ada yang mula hubungi anda untuk ucap tahniah
dan seumpamanya.

Buku karya anda ini juga dimuatkan dalam portal, laman
web, dan blog beberapa pelayar internet.

Buku karya anda ini mula anda karang sekarang, kelak
diterbitkan, sehingga menimbulkan rasa puas di hati
anda sendiri.

Buku yang telah diterbit ini meletakkan anda
sebagai seorang daripada para penulis, pengarang,
dan karyawan buku tanahair.

Wow!

Buku karya anda ini, seandainya anda sudah bersedia
untuk mengarangnya sekarang bukan karang, sila
hubungi:

Zubli Zainordin
Konsultan
Projek Karang Buku Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
0132232559

zublizainordin2007@gmail.com

http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/

http://www.bukuonline.org

27 Jalan Kosas 3/3
Taman Kosas
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

PENGUMUMAN 04

BILA ANDA NAK KARANG BUKU?

Bilakah masanya anda nak karang sebuah buku dan bergelar pengarang buku?

Bilakah masanya anda nak mula karang buku ini?

Bilakah waktunya di setiap hari, sama ada siang dan/atau malam, yang anda tetapkan sebagai waktunya anda karang buku ini.

Bilakah anggaran tempohnya iaini bermula buku ini mula anda karang, dan diikuti dengan buku ini siap anda karang?

Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

Ya...bila? Sehubungan dengan persoalan bila, lihatlah jam. Berapa detikkah yang telah berlalu di sepanjang kehidupan anda di dunia ini, lalu tanyalah diri anda sendiri, sudahkah anda karang minima sebuah buku? Seandainya belum, tetapkanlah masanya untuk anda karang buku ini dan kemudian anda bergelar pengarang buku.

Tengoklah kalender. Berapa harikah yang telah berlalu di sepanjang kehidupan anda ini, lalu tanyalah sudahkan anda karang minima sebuah buku? Seandainya belum, tetapkan tempohnya anda mula karang buku ini dan diikuti dengan buku ini siap anda karang. Lalu anda bergelar pengarang buku.

Masanya sudah tiba untuk anda karang buku ini sekarang.

Wow!

Waktu di setiap hari yang anda tetapkan untuk karang buku ialah jam 9 pagi hingga 11 pagi. Atau 9 malam hingga 11 malam. Atau kedua-dua waktu tersebut. Ataupun lain-lain waktu yang sesuai dengan anda dan kehidupan anda sehari-harian.

Sekaranglah masa dan kinilah ketikanya. Detik inilah anda mula karang perkataan yang pertama, perenggan yang pertama, bab yang pertama, bahagian yang pertama, dan ya...buku yang pertama dalam sejarah kehidupan anda. Buku yang terbaik hasil usaha anda untuk dimanfaatkan oleh orang lain.

Detik akan datang bukanlah detik buku karya anda ini ditangguhkan. Kerana kini sudah tiba detiknya, masanya, dan ketikanya, idea karang buku, anda nyatakan dalam bentuk kertas, kemudian lembaran demi lembaran sehingga dijilidkan menjadi buku.

Jadi anda tetapkan ketikanya anda ingin menjadi pengarang buku. Kemudian anda mula karang buku ini. Waktu tertentu di setiap hari, sebelah siang atau malam telahpun anda tetapkan untuk karang buku ini. Setiap detik, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, anda sentiasa terus karang buku ini. Anda merasa seronok bila anda saksikan kemajuan buku ini.

Dalam tempoh yang sedemikian itu, seandainya anda karang secara konsisten, maka dijangkakan dalam tempoh 3 bulan siaplah buku anda. Mungkin kurang daripada 3 bulan, mungkin pula lebih dari itu. Tidak mengapa. Namun, matlamatnya buku ini menjadi kenyataan.

Jadi, tidak kira berapa usia anda sekarang, 17 atau lebih dari itu...dalam tempoh 3 bulan di tahun ini, (2007) manuskrip karya anda telah siap dikarang. Seterusnya di tahun ini juga InsyaAllah, manuskrip karya anda ini siap. Kemudian tibalah masanya manuskrip ini dicetak dan diterbitkan menjadi buku. Kemudian sampailah masanya buku ini dilancarkan ke seluruh negara. Seterusnya tiba masanya buku anda dipasarkan, dipromosikan, dan dijualkan. Lalu tiba masanya buku ini dibaca, diulas, dikupas, ataupun dikritik.

Sekarang...Ya, seandainya sekarang adalah masa dan ketikanya anda sudah bersedia untuk karang buku ini, sila hubungi:
Zubli Zainordin
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org
0132232559
zubli.s.ebook@...
http://www.zublizainordin.cjb.net/
http://www.bukuonline.org
27 Jalan Kosas 3/3
Taman Kosas
68000 Ampang

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

PENGUMUMAN 05

KENAPA ANDA NAK KARANG BUKU?

Setiap amalan bermula dengan niat. Begitu juga dengan karang buku. Apakah niat anda? Khususnya, apakah niat anda nak karang buku ini?

Jom! Karang buku sekarang bukan karang.

Hajat
Niat anda nak karang buku ini dimantapkan dengan hajat. Khususnya hajat yang ingin anda capai dalam kehidupan anda sendiri. Contohnya, ada di kalangan kita hajatnya nak jadi kaya; ada pula hajatnya nak jadi popular; dan ada juga hajatnya nak berbakti kepada bangsa semata-mata kerana Allah.

Bermacam hajat sebenarnya mengikut diri individu tersebut. Tidak kiralah seandainya anda karang buku ini dengan tujuan untuk kepuasan peribadi, untuk membuktikan sesuatu, untuk menjadi terkenal, atau untuk mendapat pendapatan yang berpanjangan. Karanglah buku anda itu.

Jadi padankan niat dengan hajat anda. Bila niat anda nak karang buku sepadan dengan hajat dalam kehidupan anda, maka buku karya anda ini mampu anda siapkan dengan jayanya. InsyaAllah.

Motif
Niat yang disertakan motif memberikan kepada anda daya tahan dan daya juang untuk terus bersemangat sehingga buku anda menjadi kenyataan. Ya...sehingga buku anda diterbitkan dan dijual di pasaran.

Motif adalah penting kepada setiap orang. Pengarang buku juga mempunyai motif nak karang buku. Apakah motif anda untuk karang buku ini? Motif adalah putaran dalam dorongan yang bakal membantu anda untuk mulakan karangan buku anda, menyiapkan manuskrip, memastikan manuskrip anda dicetak dan diterbitkan sebagai buku. Motif juga adalah elemen dorongan supaya buku anda dipasarkan, dipromosikan, dipublisitikan, dan dijualkan.

Tekad
Berdasarkan motif tersebut, anda pasak pula tekad. Bila tekad sudah dipasak, anda sanggup dan anda bersungguh-sungguh untuk karang buku ini sehingga siap.

Matlamat
Kemudian anda rangkakan matlamat untuk buku karya anda ini supaya berada di pasaran. Katakanlah dalam tempoh 3 bulan, buku karya anda siap untuk dicetak dan diterbitkan. Awal atau kemudian dari tempoh itu, anda yang tentukan sendiri. Semoga anda selesa dan seronok.

Hanya bila anda ada matlamat, anda tahu arah, tuju, hala pergerakan anda supaya sampai ke destinasi kejayaan. Maksud kejayaan di sini ialah buku anda sudah pun dijual di pasaran.

Sesudah niat, hajat, motif, tekad, dan matlamat, kini anda sudah bersedia untuk karang buku yang terbaik dihasilkan asalnya dari dalam diri anda.

Seandainya anda sudah tahu kenapa anda nak karang buku, sila hubungi:
Zubli Zainordin
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org
Anda dipelawa mendaftar percuma dan mengambil bahagian bersama rakan buku dan bukuwan tanahair

0132232559

27 Jalan Kosas 3/3
Taman Kosas
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan.


Siapa Zubli Zainordin


Satu daripada buku yang telah dikarang oleh Zubli Zainordin:
PUNCAK JAYA - Malaysia Kampungku Dunia Negaraku

Emel kepada:
zubli.s.ebook@gmail.com
dan terima cenderabaca dari Zubli Zainordin
an e-book:
"A View To Review Your Total View Of Life"