Tuesday, November 07, 2006

PENGUMUMAN 05

KENAPA ANDA NAK KARANG BUKU?

Setiap amalan bermula dengan niat. Begitu juga dengan karang buku. Apakah niat anda? Khususnya, apakah niat anda nak karang buku ini?

Jom! Karang buku sekarang bukan karang.

Hajat
Niat anda nak karang buku ini dimantapkan dengan hajat. Khususnya hajat yang ingin anda capai dalam kehidupan anda sendiri. Contohnya, ada di kalangan kita hajatnya nak jadi kaya; ada pula hajatnya nak jadi popular; dan ada juga hajatnya nak berbakti kepada bangsa semata-mata kerana Allah.

Bermacam hajat sebenarnya mengikut diri individu tersebut. Tidak kiralah seandainya anda karang buku ini dengan tujuan untuk kepuasan peribadi, untuk membuktikan sesuatu, untuk menjadi terkenal, atau untuk mendapat pendapatan yang berpanjangan. Karanglah buku anda itu.

Jadi padankan niat dengan hajat anda. Bila niat anda nak karang buku sepadan dengan hajat dalam kehidupan anda, maka buku karya anda ini mampu anda siapkan dengan jayanya. InsyaAllah.

Motif
Niat yang disertakan motif memberikan kepada anda daya tahan dan daya juang untuk terus bersemangat sehingga buku anda menjadi kenyataan. Ya...sehingga buku anda diterbitkan dan dijual di pasaran.

Motif adalah penting kepada setiap orang. Pengarang buku juga mempunyai motif nak karang buku. Apakah motif anda untuk karang buku ini? Motif adalah putaran dalam dorongan yang bakal membantu anda untuk mulakan karangan buku anda, menyiapkan manuskrip, memastikan manuskrip anda dicetak dan diterbitkan sebagai buku. Motif juga adalah elemen dorongan supaya buku anda dipasarkan, dipromosikan, dipublisitikan, dan dijualkan.

Tekad
Berdasarkan motif tersebut, anda pasak pula tekad. Bila tekad sudah dipasak, anda sanggup dan anda bersungguh-sungguh untuk karang buku ini sehingga siap.

Matlamat
Kemudian anda rangkakan matlamat untuk buku karya anda ini supaya berada di pasaran. Katakanlah dalam tempoh 3 bulan, buku karya anda siap untuk dicetak dan diterbitkan. Awal atau kemudian dari tempoh itu, anda yang tentukan sendiri. Semoga anda selesa dan seronok.

Hanya bila anda ada matlamat, anda tahu arah, tuju, hala pergerakan anda supaya sampai ke destinasi kejayaan. Maksud kejayaan di sini ialah buku anda sudah pun dijual di pasaran.

Sesudah niat, hajat, motif, tekad, dan matlamat, kini anda sudah bersedia untuk karang buku yang terbaik dihasilkan asalnya dari dalam diri anda.

Seandainya anda sudah tahu kenapa anda nak karang buku, sila hubungi:
Zubli Zainordin
Konsultan Projek Khas Nasional
Setiap Individu Karang Minima Sebuah Buku,
(Tumpuan Awal Kepada Pelajar Tingkatan 5 dan 6)

Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org
Anda dipelawa mendaftar percuma dan mengambil bahagian bersama rakan buku dan bukuwan tanahair

0132232559

27 Jalan Kosas 3/3
Taman Kosas
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan.


Siapa Zubli Zainordin


Satu daripada buku yang telah dikarang oleh Zubli Zainordin:
PUNCAK JAYA - Malaysia Kampungku Dunia Negaraku

Emel kepada:
zubli.s.ebook@gmail.com
dan terima cenderabaca dari Zubli Zainordin
an e-book:
"A View To Review Your Total View Of Life"

No comments: