Thursday, November 02, 2006

ANDA SOAL ZUBLI ZAINORDIN JAWAB

Kriteria buku projek ini ialah buku umum bacaan awam.

Bukan karya fiksyen. Bukan pula buku teks. Jauh sekali, dan bukan buku ilmiah.

Ini adalah kerana sudahpun terdapat usaha pelbagai pihak untuk karya sastera dan bahasa.
Manakala buku teks adalah usaha berterusan biroteks pelbagai institusi pendidikan di Malaysia. Serta terdapat penerbitan universiti.
Buku ilmiah belum mendapat sambutan di kalangan penulis, pengarang, dan karyawan buku, serta jumlah pembaca yang terlalu kecil sekali bilangannya.

Apa yang diperlukan sekarang ialah buku umum bacaan awam.


Hal ini mengambil kira belian pasti InsyaAllah oleh pihak perpustakaan yang bakal beli buku terus daripada pengarang. Serta teknologi cetak atas permintaan. Hal ini adalah di antara sebab yang mendorong perlangsungan projek ini.

Tiada had bilangan mukasurat minimum. Namun standard lazimnya minimum ialah 10 bab dan 10 mukasurat setiap bab. Maksimum pula 20 bab 15 mukasurat. Ertinya kandungan buku ialah di antara 100 ke 300 mukasurat, dikira OK. Lebih tidak menjadi hal, terkecuali sehingga tidak boleh digengam setelapak tangan, contohnya 3,890 mukasurat senaskah.

Pun begitu, 3,000 halaman contohnya, boleh dibahagikan kepada buku 10 siri mengenai subjek yang sama.

Seseorang boleh karang beberapa cerpen lalu dibukukan. Kenapakah kaedah yang sama tidak digunakan untuk karya sebuah buku? Projek ini melihat kaedah yang sama, karang beberapa bab kemudian dibukukan. Bab adalah kependekan seluruh buku yang panjang.

Seandainya
cerita percutian maka karya anda tidak tergolong dalam projek ini. Contohnya, sebuah novel, "Cintaku Di 3 Musim Percutian 2007". Namun banyak peluang di beberapa organisasi dan syarikat penerbitan di Malaysia untuk karya begitu.

Sekiranya anda ingin karang, contohnya, "14 Destinasi Percutian Paling Menarik di Malaysia". Ala fakta "Lonely Planet", adalah diterima, dan digalakkan. Boleh...Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang.

Latihan boleh mula anda dilakukan. InsyaAllah apa anda yang perlu dari saya, Zubli Zainordin, bolehlah saya hulurkan. Lagipun terdapat rakan buku di bukuonline.org, iaini Shaharom TM Sulaiman, Ali Dina, Mag. Dr. Abu Hassan Hasbullah, Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim, dan Nal Azri Nawawi.


klik: http://www.bukuonline.org

Lagipun, kita ada Lulu, yang khidmatnya memang hebat.


Ketahuilah, semua penulis, pengarang, dan karyawan buku yang berpengalaman, bermula dengan tidak ada pengalaman langsung. Bila buku pertama dihasilkannya dahulu, barulah kemudiannya dia berpengalaman. Tidak ada sesiapapun yang berpengalaman dahulu, baru karang buku. Renungkanlah.

Fikirkan dulu, dan untuk keterangan tambahan dan lanjut boleh hubungi saya.
Zubli Zainordin
Konsultan
Projek Karang Buku Nasional
Setiap Individu Boleh Mengambil Bahagian.
0132232559

zublizainordin2007@gmail.com

http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/

http://www.bukuonline.org

27 Jalan Kosas 3/3
Taman Kosas
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrh..

Saya ingin tahu...
Apakah criteria buku tersebut? Contohnya bil ms minimum, Kerana projeknya karang BUKU bukan cerpen, cerita pendek dan sebagainya.
Saya fikir untuk menulis buku biasanya perlu melatih diri dengan menulis cerita-cerita pendek terlebih dahulu.
Saya berminat untuk mengarang cerita percutian dan tempat2 menarik yang dilawati lebih kurang seperti buku'lonely planet' versi Malaysia tapi tiada pengalaman menulis sebelum ini.

nurhuda_um@yahoo.co.uk